Wednesday, September 2, 2009

Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinanNYA dapat kita sama-sama menyambut bulan Ramadan al mubarak pada tahun ini...semoga Ramadhan kali ini,kita sama-sama mengambil peluang memperoleh keberkatan yang dijanjikan ALLAH SWT.
Pada anak didik ku, di doakan semoga memperoleh kejayaan cemerlang ..peperiksaan percubaan SPM pada bulan puasa ini...semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang...hendaknya...pada cikgu..kejayaan kalian adalah pengubat segala perit usaha cikgu selama ini....



::Kad Ucapan Raya Percuma

Monday, April 27, 2009

VIVA - Penyelidikan Ilmiah

Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT kerana saya telah membentangkan satu penyelidikan Ilmiah pkt Master Sc. di UPM. Viva telah berlangsung pada 22 April jam 9.00 pagi di Pusat Pengajian SIswazah, UPM. Pengerusi : Prof Turiman Saundi, Examiner : Prof Madya Dr. Abd Patah dan Prof Madya Dr. Rusini, Jawatankuasa Komiti pula ialah Prof Dr. Ramlah Hamzah dan Prof Madya Dr. Ibrahim Nazri. Pembentangan telah dilakukan dikuti dengan sesi soal jawab . Kajian ini adalah berkaitan dengan Kurikulum Vokasional Pertanian. AKhirnya, Pengerusi memaklumkan saya telah LULUS dengan pindaan kecil. Justeru itu, terima kasih kepada semua yang membantu selama ini. Semoga ALLAH SWT yang dapat membalas jasa baik kalian.SEmoga usaha ini menjadi perangsang kepada anak-anak, anak murid, rakan-rakan dam semuanya.

Wednesday, April 15, 2009

BULAN TANAMAN 2009


Majlis Pelancaran Bulan Tanaman 2009 telah diadakan di Pejabat Pertanian Kawasan Padang Rengas. Ia telah dirasmikan oleh Y. Bhg Datuk Roseley bi Dato'khalid selaku Ketua Pengarah Kementerian Pertanian Malaysia. Dalam majlis tersebut saya telah berkesempatan untuk berjumpa dan berbincang mengenai pendidikan pertanian yang diguna pakai di sekolah... dan seterusnya bagi mendapatkan bantuan untuk menjayakan projek dan aktiviti pertanian di sekolah. Antara yang sempat saya jumpa ialah Pengarah Pertanian Negeri iaitu En. Ariffin bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah iaitu Hjh Faizah yang memberi respon sangat positif dan Tn. Hj Musa selaku Timbalan Pengarah Lembaga Pertuuhan Peladang (LPP). LPP memaklumkan bahawa badan ini mempunyai peruntukan dan projek khas mengenai KElab Pertanian Sekolah..dan pihak sekolah boleh berhubung dengan PPK kawasan masing-masing. Sementara itu Hjh Faizah memaklumkan Jabatan Pertanian bersedia membantu dalam usaha memperkasakan pendidikan pertanian yang dijalankan di sekolah. Saya juga berkesempatan untuk menyampai kertas kerja bagi mendapatkan peruntukan berkaitan Sistem Fertigasi....jadi pada para pendidik pertanian, mari kita sama-sama berhubung terus dengan jabatan pertanian untuk menjayakan pendidikan pertanian....

Saturday, April 4, 2009

Mesyuarat Post Mortem & Sekolah Berwatak

Insyaallah satu mesyuarat post-mortem dan Sekolah Berwatak akan diadakan di Hotel Flamenggo, Sitiawan, Perak pada 10-11 april ni. Ia melibatkan kesemua sekolah yang menawarkan sains pertanian di negeri perak. Membuat post mortem mengenai pencapaian sains pertanian pada tahun lepas dan seterusnya merangka strategi bagi meningkatkan pencapaian pada tahun ini. Pelancaran Sekolah Berwatak juga diadakan dengan melibatkan 7 buah sekolah yang dipertanggunjawabkan untuk membentangkan Sekolah Berwatak masing-masing. Ini termasuklah SMK Sayong yang akan membentangkan mengenai Pengeluaran Tanaman Sayuran secara Fertigasi. Semoga usaha -usaha yang dilakukan oleh JPN akan dapat membantu memperkasakan pendidikan pertanian di Perak, Insyaallah...Semoga Berjaya..

Status Semasa Pendidikan Pertanian di Sekolah

..Adakah kurikulum pertanian yang diajar di sekolah dapat memenuhi keperluan industri pertanian semasa?....inilah persoalan yang selalu bermain di negara - negara maju....mereka melihat dan menilai semula kurikulum bagi memastikan kurikulum yang dijalankan benar-benar dapat memenuhi keperluan sesebuah negara. Satu pertanyaan saya lontarkan...adakah kurikulum pendidikan pertanian kita telah ketinggalan zaman....berteknologi lama.....?tidak digunapakai oleh Industri ?...bagi menjawab persoalan ini..kajian secara ilmiah perlu dijalankan untuk melihat isu 'mismatch' ini? begitu banyak kajian mismatch ini dijalankan untuk bidang kejuruteraan tetapi bidang pertanian...?bagaimana....jika bukan pendidik pertanian yang melakukannya ..siapa lagi? ayuh kite perkasakan kurikulum ini agar kita dapat meninggalkan khazanah ilmu pertanian ini untuk generasi akan datang.

Monday, March 30, 2009

Reformasi Pendidikan Teknik & Vokasional

Pendidikan teknikal dan vokasional yang berasaskan kemahiran telah bermula sejak tahun 1926 lagi dengan tertubuhnya FMS(Federated Malay State) Trade School kemudian diikuti dengan Junior Technical Trade School(JTTS). Kursus yang ditawarkan dikhususkan kepada pelajar lepasan sekolah rendah dan menjurus kepada bidang pekerjaan yang diperlukan ketika itu. Melalui Laporan Razak 1956 JTTS telah ditukar kepada dua bentuk institusi iaitu Secondary Trade School yang lebih berbentuk kemahiran vokasional dan Technical Institute yang lebih berbentuk teknikal. Ketika itu wujudnya Sekolah Latihan Kampong yang bertujuan untuk melatih belia-belia melayu kampung dalam kursus kemahiran tertentu bagi membangunkan komuniti kampung. Seterusnya pendidikan vokasional terus diberi perhatian iaitu melalui Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 di mana ketiga-tiga bentuk sekolah tadi telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional..

Pendidikan teknikal dan vokasional terus mengalami perubahan melalui penstrukturan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1998 dan peluasan pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dinyatakan dalam Memo kabinet pada tahun 1999. Melalui program peluasan ini beberapa mata pelajaran teknologi diperkenalkan dan peluasan mata pelajaran elektif vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) di samping perubahan kepada penawaran aliran vokasional di Sekolah Menengah Teknik(SMT) bermula tahun 2006.

Sunday, March 15, 2009

Pendidikan Pertanian di Malaysia - Satu perspektif

Pendidikan pertanian merupakan pendidikan tertua di dunia yang seterusnya mencetuskan perkembangan dan pembangunan Tamadun seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Rom, Tamadun Indus dan China. Di Malaysia bidang ini merupakan sumber ekonomi bagi warga tanah melayu satu ketika dulu. Mahu atau tidak harus kita akui bahawa bidang inilah yang telah memberi impak kepada pembangunan sesebuah negara dan seterusnya membawa kepada perkembangan aktiviti perdangan antara benua dan pembentukan revolusi industri.

Apakah hala tuju pendidikan pertanian di Malaysia?....adakah kita sedang memperkasakan pendidikan pertanian ini? Siapa yang perlu mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan pendidikan pertanian ini? Perdana Menteri..?Menteri Pendidikan?Jabatan Pendidikan?.....guru pertanian..? tetapi sebagai guru...kita harus menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan pendidikan pertanian dan seboleh-bolehnya menjadi benchmark kepada sesebuah sekolah.... Di bahu kita lah letaknya tanggungjawab yang besar ini untuk memartabatkan pendidikan pertanian ini.

Satu ketika dulu, kita berbangga dengan penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak. Untuk apa penubuhan ini sebenarnya...tentulah tanpa generasi sekarang ini sedar bahawa penubuhan kolej ini ialah untuk melahirkan guru-guru pertanian untuk berkhidmat di seluruh negara. Golongan cerdik pandai berkumpul di tempat bersejarah itu. ..tetapi ketika itu dengan kehendak dan semangat rakyat yang berkobar-berkobat untuk kemerdekaan maka lahirkan kumpulan nasionalis yang berjuang untuk medapat kemerdekaan dan menentang Malayan Union. Harus diingat bahawa pendidikan pertanian telah mendapat tempat golongan cerdik pandai ketika itu dan pendidikan ini lah yang akan membantu merancakkan ekonomi orang melayu yang rata-ratanya mengusahakan pertanian.