Pendidikan teknikal dan vokasional yang berasaskan kemahiran telah bermula sejak tahun 1926 lagi dengan tertubuhnya FMS(Federated Malay State) Trade School kemudian diikuti dengan Junior Technical Trade School(JTTS). Kursus yang ditawarkan dikhususkan kepada pelajar lepasan sekolah rendah dan menjurus kepada bidang pekerjaan yang diperlukan ketika itu. Melalui Laporan Razak 1956 JTTS telah ditukar kepada dua bentuk institusi iaitu Secondary Trade School yang lebih berbentuk kemahiran vokasional dan Technical Institute yang lebih berbentuk teknikal. Ketika itu wujudnya Sekolah Latihan Kampong yang bertujuan untuk melatih belia-belia melayu kampung dalam kursus kemahiran tertentu bagi membangunkan komuniti kampung. Seterusnya pendidikan vokasional terus diberi perhatian iaitu melalui Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 di mana ketiga-tiga bentuk sekolah tadi telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional..
Pendidikan teknikal dan vokasional terus mengalami perubahan melalui penstrukturan semula Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1998 dan peluasan pendidikan teknik dan vokasional seperti yang dinyatakan dalam Memo kabinet pada tahun 1999. Melalui program peluasan ini beberapa mata pelajaran teknologi diperkenalkan dan peluasan mata pelajaran elektif vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) di samping perubahan kepada penawaran aliran vokasional di Sekolah Menengah Teknik(SMT) bermula tahun 2006.
Monday, March 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment