Sunday, March 15, 2009

Pendidikan Pertanian di Malaysia - Satu perspektif

Pendidikan pertanian merupakan pendidikan tertua di dunia yang seterusnya mencetuskan perkembangan dan pembangunan Tamadun seperti Tamadun Mesopotamia, Tamadun Rom, Tamadun Indus dan China. Di Malaysia bidang ini merupakan sumber ekonomi bagi warga tanah melayu satu ketika dulu. Mahu atau tidak harus kita akui bahawa bidang inilah yang telah memberi impak kepada pembangunan sesebuah negara dan seterusnya membawa kepada perkembangan aktiviti perdangan antara benua dan pembentukan revolusi industri.

Apakah hala tuju pendidikan pertanian di Malaysia?....adakah kita sedang memperkasakan pendidikan pertanian ini? Siapa yang perlu mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan pendidikan pertanian ini? Perdana Menteri..?Menteri Pendidikan?Jabatan Pendidikan?.....guru pertanian..? tetapi sebagai guru...kita harus menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan pendidikan pertanian dan seboleh-bolehnya menjadi benchmark kepada sesebuah sekolah.... Di bahu kita lah letaknya tanggungjawab yang besar ini untuk memartabatkan pendidikan pertanian ini.

Satu ketika dulu, kita berbangga dengan penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjung Malim, Perak. Untuk apa penubuhan ini sebenarnya...tentulah tanpa generasi sekarang ini sedar bahawa penubuhan kolej ini ialah untuk melahirkan guru-guru pertanian untuk berkhidmat di seluruh negara. Golongan cerdik pandai berkumpul di tempat bersejarah itu. ..tetapi ketika itu dengan kehendak dan semangat rakyat yang berkobar-berkobat untuk kemerdekaan maka lahirkan kumpulan nasionalis yang berjuang untuk medapat kemerdekaan dan menentang Malayan Union. Harus diingat bahawa pendidikan pertanian telah mendapat tempat golongan cerdik pandai ketika itu dan pendidikan ini lah yang akan membantu merancakkan ekonomi orang melayu yang rata-ratanya mengusahakan pertanian.

No comments:

Post a Comment